Program KRIS Negeri Melaka Sempena Karnival Komuniti Sihat | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Program KRIS Negeri Melaka Sempena Karnival Komuniti Sihat

Program KRIS Negeri Melaka Sempena Karnival Komuniti Sihat

 
SUNGAI UDANG, MELAKA, 04 Disember 2022 – Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah melaksanakan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) Negeri Melaka Sempena Karnival Komuniti Sihat dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Adun Sungai Udang, Melaka Jabatan Penjara Malaysia
 
Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) Sempena Karnival Komuniti Sihat telah didakan selama dua (2) hari iaitu pada 03 dan 04 Disember 2022. Berikut adalah aktiviti yang telah diadakan;
 
1) Saringan Kesihatan
-Pemeriksaan Paras Glukos dalam Darah
-Pemeriksaan Tekanan Darah
-Indeks Jisim Badan (BMI)
 
2) Pemeriksaan Mata
3) Pameran Kesedaran Kanser Servik
4) Demotrasi BLS
5) Pameran Kesihatan “Kenali Ubat Anda”
6) Pameran kesihatan dan demostrasi PSP
7) Ceramah Motivasi
8) Pertandingan Mewarna
9) Aktiviti Kemasyarakatan
10) Sumbangan Barangan Keperluan kepada Banduan Penjara
 
Seramai 30 orang kakitangan Hospital terlibat dalam program ini yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Tadbir, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pegawai Farmasi, Pegawai Psikologi, Kakitangan Sokongan Klinikal dan Pelaksana. Sejumlah 198 orang telah menerima manfaat dari program yang dijalankan dan 15 orang telah dinasihatkan oleh pegawai perubatan untuk membuat rawatan susulan di klinik/hospital yang berdekatan.
 
Program Komuniti Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) Sempena Karnival Komuniti Sihat turut dihadiri YB Dr. Mohd Aleed Yusof, ADUN Sungai Udang, Melaka, TPP Mahadi Mustafa, Pegawai Penjara Sungai Udang dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) HPUPM Encik Mohd Nazri bin Md Yasin.
Pihak HPUPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan Penjara Sungai Udang dan penduduk dalam memberikan sokongan kepada program yang dijalankan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 07/12/2022 | Kemaskini: 08/12/2022 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
WXFUIAm~