PROGRAM KRIS- Karnival Kesihatan One Hope Charity Tahun 2023 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » PROGRAM KRIS- Karnival Kesihatan One Hope Charity Tahun 2023

PROGRAM KRIS- Karnival Kesihatan One Hope Charity Tahun 2023

 

 
 
 

PULAU PINANG- Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM (HSAAS UPM) dibawah Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) telah menyertai Karnival Kesihatan One Hope Charity Tahun 2023 anjuran One Hope Charity di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, Pulau Pinang yang telah berlangsung selama dua (2) hari pada 5 hingga 7 Mei 2023.

 

 

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ujian saringan penyakit angin ahmar menggunakan mesin transcranial doppler (TCD) dan penerangan di kaunter bagi memberi kesedaran mengenai gejala-gejala serangan angin ahmar serta kaedah rawatan yang terkini kepada masyarakat umum.

 

 
 

Seramai 281 orang telah menjalani ujian saringan dimana 51 orang menjalankan pemeriksaan penyakit angin ahmar menggunakan mesin transcranial doppler (TCD). Program ini melibatkan 11 orang kakitangan HSAAS yang terdiri daripada Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan dan Pegawai Sokongan Klinikal.

 
 
 

Turut hadir pada program ini ialah Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Chua Sui Hau, Chairman of One Hope Charity dan Prof. Dr. Hamidon bin Basri, Pengarah HSAAS UPM.

 

 

Turut hadir pada program ini ialah Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Chua Sui Hau, Chairman of One Hope Charity dan Prof. Dr. Hamidon bin Basri, Pengarah HSAAS UPM.

 
Terima kasih kepada One Hope Charity kerana sudi menjemput pihak HSAAS ke Karnival Kesihatan One Hope Charity Tahun 2023 dan semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan.
 
 

Tarikh Input: 11/05/2023 | Kemaskini: 11/05/2023 | famezan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEUFA3~