International FIMA Lifesavers 2023 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » International FIMA Lifesavers 2023

International FIMA Lifesavers 2023

International FIMA Lifesavers 2023
 

 

30 September 2023- Telah berlangsung program 'International FIMA Lifesavers Day' dengan penuh kejayaan di Masjid Putra, Putrajaya. Program ini adalah anjuran bersama antara Persatuan Perubatan Islam Antarabangsa (FIMA) dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia.

Acara ini telah dilaksanakan dengan lancar sepanjang hari, dimulai dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Program ini telah mendapat sokongan dan perhatian serentak dari 17 negara yang terlibat, termasuk Australia, Filipina, Indonesia, India, Pakistan, Jordan, Kenya, Tanzania, Uganda, Afrika Selatan, Bulgaria, Malawi, Nigeria, Niger, United Kingdom, Ghana, dan Kanada.

Dalam program ini, peserta dari pelbagai lapisan masyarakat, telah diberikan latihan praktikal secara percuma oleh pengajar yang berpengalaman dalam bidang kesihatan awam. Antara kemahiran yang diajar termasuklah CPR untuk orang dewasa dan bayi, penggunaan "Automated Electrical Defibrillation" (AED), tindakan pertolongan untuk mangsa yang tercekik, serta pengetahuan mengenai rawatan kecemasan.

Di Malaysia, program ini telah diadakan serentak di empat masjid terpilih, yang dikelola oleh jawatankuasa yang berbeza mengikut lokasi masjid. Berikut adalah senarai lokasi-lokasi tersebut:

 

  1. Masjid Putra, Putrajaya
  2. Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Pahang
  3. Masjid Al-Mursyidin, UPSI, Perak
  4. Masjid At-Taqwa, Kepala Batas, Pulau Pinang

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam Bantuan Kecemasan, tanpa mengira usia. Penganjuran ini juga membawa bersama universiti, hospital, dan klinik, menyatukan usaha dalam meningkatkan kesedaran komuniti sekitar.

 

Tarikh Input: 03/10/2023 | Kemaskini: 03/10/2023 | famezan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEdKAM~