HPUPM MERAIKAN KAKITANGAN YANG BERTUGAS DI AIDILFITRI | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » HPUPM MERAIKAN KAKITANGAN YANG BERTUGAS DI AIDILFITRI

HPUPM MERAIKAN KAKITANGAN YANG BERTUGAS DI AIDILFITRI

SERDANG, 13 Mei – Petugas barisan hadapan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) menerima kunjungan Pengarah HPUPM, Prof. Madya Dr. Muhammad b. Mohd Isa untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Kunjungan istimewa ini sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan hospital yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri walaupun negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Edaran juadah makanan Hari Raya turut diberikan kepada kakitangan bertugas bagi berkongsi keriangan serta memeriahkan suasana pagi Syawal namun tetap mengamalkan penjarakkan sosial.

Prof. Madya Dr. Muhammad Isa mengucapkan terima kasih serta mengharapkan kakitangan yang bertugas di Hari Raya tabah dan menghayati falsafah di sebalik sambutan hari raya ini sebaik mungkin dengan penuh keinsafan.

“Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kakitangan barisan hadapan yang diarahkan bertugas pada Hari Raya Aidilfitri,” tambah beliau.

 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 15/05/2021 | Kemaskini: 15/05/2021 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEZGAx~