COVID-19: HPUPM Menerima Sampel Untuk Diuji | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » COVID-19: HPUPM menerima sampel untuk diuji

COVID-19: HPUPM menerima sampel untuk diuji

  
Serdang, 7 April : Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, HPUPM telah menerima sampel bagi ujian saringan COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini.

Ujian tersebut dilakukan di Makmal Mikrobiologi dan oleh pasukan petugas khas yang bertugas secara bergilir-gilir sepanjang tempoh wabak COVID-19 ini.

Dalam membantu pihak KKM, HPUPM bersedia menerima sampel ujian dan akan mengeluarkan keputusan dalam tempoh masa 48 jam selepas penerimaan sampel.

Staf yang ditugaskan adalah staf yang kompetensi dalam melakukan setiap ujian dengan mematuhi standard prosedur yang digariskan.

Syabas dan terima kasih kepada semua petugas HPUPM di sebalik tabir yang bertungkus lumus dalam menghadapi wabak COVID-19 ini. Anda adalah wira kami yang memastikan kesihatan awam dan keselamatan negara terpelihara.

Tarikh Input: 07/04/2020 | Kemaskini: 09/04/2020 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDdNA0~