PROGRAM CERAMAH TAFAQQUH FIDDIN : ISRAK DAN MIKRAJ "SEBUAH PERJALANAN AGUNG" | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» AKTIVITI » PROGRAM CERAMAH TAFAQQUH FIDDIN : ISRAK DAN MIKRAJ "SEBUAH PERJALANAN AGUNG"

AKTIVITI

Tajuk Acara
PROGRAM CERAMAH TAFAQQUH FIDDIN : ISRAK DAN MIKRAJ "SEBUAH PERJALANAN AGUNG"
Tarikh
08 Feb 2024 - 08 Feb 2024
Masa
08.30 - 12.00
Lokasi
Mini Theater HSAAS
Ringkasan Acara
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Didoakan semoga YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Dengan hormatnya saya merujuk mengenai perkara di atas.

2. Sukacita, dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Islam dan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM dengan kerjasama Pusat Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM akan menganjurkan Program Ceramah Tafaqquh Fiddin : Israk & Mikraj "Sebuah Perjalanan Agung". Sehubungan dengan ini, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan bagi menghadiri program ini.

3. Untuk makluman pihak YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan butiran program adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh/Hari: 08 Februari 2024 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Mini Theater, HSAAS
Pendaftaran Awal: https://forms.gle/8m97MvRWk1FuEAQd8

4. Kakitangan yang menghadiri program ceramah ini akan diberi markah mata CPD. Jika terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan, boleh menghubungi Unit Hal Ehwal Islam HSAAS di talian 03-9769 9064 (En. Fakhrur Radzi Bin Muslim) atau 03-9769 9065 (En. Muhammad Fawwaz Bin Mohd Darus).

Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Kemaskini:: 22/01/2024 [khairun]

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcMAn~