24 Julai 2023 - Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah mengiringi YB Tuan Mohd Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi merasmikan Mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di lobi utama HSAAS UPM. Mesin layan diri merupakan Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) itu menawarkan pelbagai menu yang menarik dengan harga mesra pelanggan.
Hadir bersama, YB Dato' Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan Prof. Dr. Hamidon Basri, Pengarah HSAAS.
|
Date of Input: 25/07/2023 | Updated: 25/07/2023 | khairun