10 Mei 2024 – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM menerima lawatan daripada Institute of Health Sciences (IIK) STRADA, Indonesia yang telah disambut oleh wakil dari Unit Perhubungan Korporat HSAAS.
Seramai 44 orang pelawat yang terdiri daripada Rektor, Pensyarah, dan Pelajar Sarjana Institut tersebut telah terlibat dalam lawatan yang diadakan di sekitar HSAAS.
Lawatan ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan dan pengenalan kepada Program Pasca Siswazah Kejururawatan serta meneroka kolaborasi dengan UPM dalam bidang kejururawatan.
Pelawat turut dibawa melawat ke beberapa lokasi di sekitar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta HSAAS sebelum bersurai.
Date of Input: 10/05/2024 |
Updated: 10/05/2024 | zulaikhazaharudin
MEDIA SHARING