HSAAS, 5 Mac – Unit Kesihatan Awam dengan kerjasama Registri Kanser Kebangsaan telah mengadakan Latihan Notifikasi Kanser Melalui Laman Sesawang Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW) di HSAAS.
Latihan ini bertujuan memperkukuhkan notifikasi kanser di peringkat hospital selari dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai lima (5) orang penceramah daripada Registri Kanser Kebangsaan yang diketuai oleh Ketua Jabatan, Dr. Siti Norbayah binti Yusof telah hadir.
Peserta didedahkan dengan pengenalan kepada kanser registri dan notifikasi kanser, penyakit kanser mengikut klasifikasi anatomi (Topography) & histologi (Morphology), multiple primary, pengenalan ICD-O-3, kualiti data, hands on notifikasi kanser atas talian menggunakan Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW) serta pembetulan M2b dan cara semak duplicate.
Date of Input: 07/03/2024 | Updated: 07/03/2024 | zulaikhazaharudin