BAYARAN & CAJ | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» PERKHIDMATAN EKSEKUTIF » BAYARAN & CAJ

BAYARAN & CAJ

 

DEPOSIT

  • Pesakit dikehendaki membayar deposit mengikut kadar yang ditetapkan iaitu:
 

JENIS RAWATAN

DEPOSIT

Rawatan biasa

minimum 50% atau RM2,000 (yang mana lebih tinggi)

Rawatan memerlukan prosedur dan pembedahan

minimum 50% atau RM5,000 (yang mana lebih tinggi)

  • Deposit akan disemak setiap hari untuk memastikan baki yang mencukupi dan tidak kurang daripada RM 1,000
  • Surat peringatan untuk deposit tambahan akan dikeluarkan kepada pesakit / saudara terdekat apabila baki deposit menghampiri RM 1,000
  • Bayaran tambahan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dari tarikh surat peringatan.
 

PEMBAYARAN

  • Tunai
  • Kad Kredit
  • Kad Debit.
  • Insurans(PMCare & MedKad)
 

CAJ HOSPITALITI

Anda boleh memilih jenis Bilik dan Katil, bergantung kepada kemudahan sedia ada. Caj untuk bayaran hospitaliti seperti berikut:

Caj katil untuk pesakit dalam

 
 

KELAS

KATIL

 Merbau (Eksekutif satu katil)

 RM 500 sehari

 Belian (satu katil)

 RM 180 sehari

 Chengal (dua katil)

 RM 150 sehari

 Meranti (empat katil)

 RM 100 sehari

 

Nota: Lain-lain fi seperti fi prosedur, penyiasatan, ubatan, imunisasi dan bahan pakai buang atau guna habis juga dikenakan.

Bayaran Caj Katil berdasarkan jumlah katil yang digunakan

 
 
 

 

Kemaskini:: 01/03/2023 [asmizan]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETHAm~