Memilih Journal Yang Sesuai Untuk Artikel Anda | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» PENYELIDIKAN » Sumber Rujukan Penyelidikan » Memilih Journal Yang Sesuai Untuk Artikel Anda

Memilih Journal Yang Sesuai Untuk Artikel Anda

Memilih jurnal yang sesuai adalah langkah pertama untuk meningkatkan peluang artikel anda diterima. Bahagian ini akan membantu anda mengenalpasti jurnal yang sesuai melalui 6 kaedah seperti berikut.


Kaedah 1: Layari database jurnal atas talian (contohnya: Web of Science, Scopus, dan PubMed) dan membuat saringan ke atas jurnal yang berpotensi dengan memilih bidang subjek yang berkaitan. Kemudian, pergi ke laman web jurnal tersebut dan baca bahagian “About Us” atau “Aim and Scope” untuk menentukan sama ada artikel anda berkaitan dengan skop jurnal tersebut.

Kaedah 2: Mengenalpasti sama ada jurnal yang anda sering baca adalah sesuai untuk artikel anda.

Kaedah 3: Tanya rakan sekerja atau penyelia anda untuk cadangan.

Kaedah 4: Semak senarai rujukan dalam artikel-artikel yang berkaitan untuk mendapatkan idea.

Kaedah 5: Cuba alat pencari journal atas talian (contohnya: Clarivate Manuscript Matcher, Elservier Journal Finder, IEEE Publication Recommender, dan Journal/Author Name Estimator).

Clarivate Manuscript Matcher
https://mjl.clarivate.com

Elsevier Journal Finder
https://journalfinder.elsevier.com

IEEE Publication Recommender
https://publication-recommender.ieee.org/periodicals

Journal/Author Name Estimator (JANE)

https://jane.biosemantics.org/

Kaedah 6: Jika anda tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk tujuan penerbitan artikel, satu langkah tambahan adalah untuk mengenalpasti jurnal-jurnal yang memerlukan Caj Pemprosesan Artikel (APC) dan jurnal-jurnal yang tidak memerlukan APC. Bagi tujuan ini, CRU mencipta satu senarai jurnal (diindeks dalam Web of Science) yang memerlukan APC dan tidak memerlukan APC (pautan: shorturl.at/joBOZ).

 

Kemaskini:: 21/12/2022 [faridzatul]

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDcXAt~