CRU Associate Members (CRAMs) | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» PENYELIDIKAN » Hubungi Kami » CRU Associate Members (CRAMs)

CRU Associate Members (CRAMs)

Peranan CRAMs :

  • Memberi pandangan dan nasihat dalam perancangan strategik dan pengurusan penyelidikan di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia.
  • Merangsangkan jaringan serta mengukuhkan hubungan antara Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia dengan pihak berkepentingan di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Membantu meningkatkan penghasilan karya dan terbitan berkualiti dalam penyelidikan klinikal di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia.
  • Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat Unit Penyelidikan Klinikal setiap 1-2 bulan atau apabila diadakan.
  • Mengambil bahagian dalam jawatankuasa-jawatankuasa ad-hoc aktiviti Unit Penyelidikan Klinikal dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penyelidikan klinikal di kalangan para anggota klinkal Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia.
  • Dari semasa ke semasa, Research Associate boleh dijemput untuk memberi syarahan, ceramah, menganjurkan aktiviti bawah naungan Unit Penyelidikan Klinikal, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia atau mengetuai inisiatif untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang penyelidikan klinikal dan inovasi di hospital ini.
  • Research Associate akan diundang untuk mengkaryakan 1-2 petikan (short commentary) yang berkaitan dengan penyelidikan klinikal atau penyelidikan dalam bidang kepakaran klinikal masing-masing untuk penerbitan di laman web Penyelidikan HPUPM atau eNewsletter yang dirancang.

 

 

 

Kemaskini:: 13/09/2023 [intanbasirah]

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXETRA3~