World Hearing Day 2023 : “Ear And Hearing Care For All! Let’s Make It A Reality” | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » World Hearing Day 2023 : “Ear and hearing care for all! Let’s make it a reality”

World Hearing Day 2023 : “Ear and hearing care for all! Let’s make it a reality”

SERDANG, 21 Mac 2023

Sempena sambutan World Hearing Day 2023, Jabatan Otorinolaringologi (ENT) dengan kerjasama Unit Audiologi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) untuk julung kalinya telah menganjurkan program bertemakan, “Ear and hearing care for all! Let’s make it a reality” bertempat di lobi utama HSAAS. Selaras dengan sambutan World Hearing Day yang di sambut pada peringkat global pada tarikh 3 Mac setiap tahun, program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran awam tentang masalah pendengaran di samping mengetengahkan kaedah rawatan yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit yang mengalami masalah pendengaran. Program telah dirasmikan oleh Prof. Madya Sethu Thakachy Subha, Ketua Jabatan Otorinolaringologi HSAAS.

 

 

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah, saringan salur telinga dan gegendang telinga (otoscope examination), pembersihan salur telinga (ear toilet), pemeriksaan keadaan gegendang telinga (tympanometry test), dan ujian pendengaran melalui bilik kedap bunyi memperlihat fungsi Van Bergerak Mobile Audiometry Services dibawa oleh Audiolab Hearing Care Centre. Turut serta, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dari Jabatan Rehabilitasi Perubatan HSAAS yang menyediakan khidmat soal selidik pertuturan, indeks suara, dan cara mengesan pertuturan untuk kanak- kanak selari dengan perkembangan umur.

 

 

Saringan pendengaran adalah secara percuma dan seramai 100 penyertaan telah diterima sepanjang sesi pameran dan saringan dijalankan. Hasil daripada ujian kesihatan, sebanyak 48 dari 100 orang peserta telah dirujuk ke klinik Otorinolaringologi bagi penyertaan yang mempunyai masalah telinga untuk pemeriksaan susulan. Disamping itu, pameran alat bantu pendengaran dari syarikat alat bantu dengar, turut dibuka dan mempamerkan produk-produk kesihatan pendengaran yang berada di pasaran serta menyelitkan kuiz pendengaran bagi menarik perhatian pengunjung.

 

 

Menurut Dr Khadijah binti Mohd Nor, pakar Otorinolaringologi merangkap pengarah program World Hearing Day 2023, program saringan pendengaran ini dapat mempromosikan perkhidmatan klinik Otorinolaringologi dalam masa yang sama mendedahkan pengetahuan tentang kepentingan penjagaan telinga dan pendengaran. Diharapkan agar program World Hearing Day ini dapat dijalankan setiap tahun agar dapat memberi manfaat kepada para pengunjung dan staf UPM. “Jutaan terima kasih diucapkan untuk ahli jawatankuasa program yang komited dalam menjayakan program World Hearing Day 2023 kali ini dan semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan” menurutnya.
 

Disediakan oleh:

(Pegawai Bertanggungjawab)

Nama : MARLINI BINTI MESRAN

Jawatan : Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran)

Jabatan/ Unit : Otorinolaringologi/ Audiologi

No. Telefon : 03-9769 9206

Tarikh : 24 Mac 2023

 

 

Date of Input: 29/03/2023 | Updated: 09/06/2023 | famezan

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXETBAB~