Simbolik Penyerahan Dana Agihan Manfaat Wakaf Bagi Bulan Kaunseling Kebangsaan HPUPM 2022 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Simbolik Penyerahan Dana Agihan Manfaat Wakaf bagi Bulan Kaunseling Kebangsaan HPUPM 2022

Simbolik Penyerahan Dana Agihan Manfaat Wakaf bagi Bulan Kaunseling Kebangsaan HPUPM 2022

Serdang, 13 Disember 2022 - Simbolik Penyerahan Dana Agihan Manfaat Wakaf bagi Bulan Kaunseling Kebangsaan HPUPM 2022 telah diadakan pada 13 Disember 2022 bertempat di Hospital Pengajar UPM bersempena Kempen Bulan Zakat dan Wakaf Al-Falah UPM (November-Disember) 2022.
Simbolik ini dihadiri dan telah disempurnakan oleh YBhg Prof. Dr. Hamidon bin Basri, Pengarah HPUPM dan En. Abdul Muhaimin Zakaria, Ketua Bahagian Endowmen (Memangku) mewakili Pengarah Pusat Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM. Turut hadir, YBrs En. Mohd Nazri Md Yasin, Timbalan Pengarah (Pengurusan) HPUPM, Pn Rafidah binti Sadarudin, Ketua Unit Kaunseling dan Kerja Sosial HPUPM, En Mohd Azrol Hafizi Azman, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu WAZAN UPM, pegawai-pegawai WAZAN UPM dan pegawai-pegawai HPUPM.
Agihan manfaat wakaf berjumlah RM3200.00 telah disumbangkan oleh pihak WAZAN UPM kepada HPUPM untuk penganjuran program-program psikologi sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan 2022 HPUPM. Pihak HPUPM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan ini dan diharapkan agar kerjasama erat antara HPUPM dan WAZAN UPM dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dapat disalurkan demi memelihara kemaslahatan komuniti sejagat.
 

Date of Input: 16/12/2022 | Updated: 16/12/2022 | famezan

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEZNAP~