Program Kris KPT Prihatin , Komuniti Sejahtera & Projek Pusat Sumber Sk Pos Piah, Perak Darul Ridzuan | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Kris KPT Prihatin , Komuniti Sejahtera & Projek Pusat Sumber Sk Pos Piah, Perak Darul Ridzuan

Program Kris KPT Prihatin , Komuniti Sejahtera & Projek Pusat Sumber Sk Pos Piah, Perak Darul Ridzuan

HPUPM, 09-12 Feb 2023

 

HPUPM dan beberapa PTJ dari Universiti Putra Malaysia seperti Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) , Fakulti Ekologi, Fakulti Kejuruteraan ,Fakulti Veterinar,  Fakulti Pertanian, Bahagian Keselamatan serta pelajar sukarelawan UPM telah dijemput untuk bersama badan NGO, Pink Squad melalui projek pembangunan perpustakaan dan Program Pemindahan Ilmu Bersama Komuniti Orang Asli Pos Piah, Sungai Siput, Perak.

 

Menurut En Khairul Anuar Bin Yeop Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pos Piah, semasa ditemui oleh team KRIS dan Pink Squad, tenaga pengajar sekolah ini adalah seramai 18 orang, keseluruhan pelajar sekolah adalah seramai 165 orang dan mempunyai bilik asrama dengan jumlah katil 55 secara keseluruhan (asrama lelaki dan perempuan).

Selain projek pusat sumber, telah berjalan beberapa aktiviti lain seperti saringan kesihatan warga sekitar secara percuma, saringan kutu & kuku untuk pelajar asrama sekolah, acara sukaneka, free market khusus warga tempatan, pemindahan ilmu oleh UCTC melalui perkongsian kelas penanaman fertigasi sayur salad , projek menu sihat - Masak lepat pisang dan amali kebersihan jagaan kesihatan diri melalui kelas “handwash” dan cara memberus gigi dengan betul.

Date of Input: 14/02/2023 | Updated: 14/02/2023 | famezan

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEUNAX~