Program Kita Pengguna: Pengguna Malaysia Teguh Bersama Bijak Bestari | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Kita Pengguna: Pengguna Malaysia Teguh Bersama Bijak Bestari

Program Kita Pengguna: Pengguna Malaysia Teguh Bersama Bijak Bestari

 
KUALA LUMPUR, 26-28 Ogos – Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah menyertai Program Kita Pengguna ' Pengguna Malaysia Teguh Bersama Bijak Bestari' di Pusat Membeli Belah MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 26-28 Ogos 2022 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
 
Program Kita Pengguna 'Pengguna Malaysia Teguh Bersama Bijak Bestari' bermula jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam dan antara aktiviti HPUPM adakan adalah seperti berikut;
 
1. Pameran Perkhidmatan Hospital
2. Saringan Kesihatan Asas
a) Pemeriksaan tekanan darah
b) Periksaan gula dalam darah
c) Indeks Jisim Badan
 
Seramai 564 orang awam telah menjalankan pemeriksaan kesihatan asas termasuk seramai 90 orang telah diberi nasihat untuk mendapatkan rawatan lanjut di Fasiliti Kesihatan bagi masalah tekanan darah dan bacaan gula yang tinggi. 36 orang kakitangan HPUPM terlibat dalam program ini terdiri dari Pegawai Tadbir, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Kakitangan Klinikal dan Pelaksana.
 
Terima kasih kepada KPDNHEP kerana sudi menjemput HPUPM ke Program Kita Pengguna dan semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 27/09/2022 | Updated: 27/09/2022 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEUMA2~