Majlis Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan Menangani Penularan Wabak COVID-19 UPM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Majlis Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan Menangani Penularan Wabak COVID-19 UPM

Majlis Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan Menangani Penularan Wabak COVID-19 UPM

 
Majlis Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan Menangani Penularan Wabak COVID-19 UPM yang telah diadakan pada 14 Januari 2022 (Jumaat) sekitar jam 8.15 malam di Dewan Taklimat Serdang, UPM.
Majlis yang dihadiri oleh Presiden Kongress Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), YBhg. Dato’ Haji Adnan Mat bertujuan bagi mengenang jasa dan bakti petugas-petugas barisan hadapan dalam perjuangan menangani serta memebendung virus COVID-19.
 
Turut hadir Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman,Pendaftar UPM, En. Muhazam Mansor dan Pengarah, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKPP), UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Rafee Baharudin.
 
Majlis itu adalah inisiatif CUEPACS dan kerjasama Bilik Gerakan COVID-19 UPM turut menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada 23 wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM.
 
Sebelum ini, UPM telah mengaktifkan Emergency Response Team (ERT COVID-19 UPM) pada 17 Mac 2020 bagi menjalankan beberapa inisiatif penting bagi meastikan tahap keselamatan dan kesihatan warga kampus terpelihara dengan berteraskan prinsip pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.
 
ERT kemudiannya menubuhkan Bilik Gerakan COVID-19 UPM pada 20 Mac 2020 yang dikendalikan oleh PPKKPP UPM bertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan kawalan pandemik.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 30/03/2022 | Updated: 30/03/2022 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDdVAn~