Lawatan Daripada Dr. Alison Steiber, Chief Science Officer Dari Academy Of Nutrition And Dietetics (AND), USA | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Lawatan daripada Dr. Alison Steiber, Chief Science Officer dari Academy of Nutrition and Dietetics (AND), USA

Lawatan daripada Dr. Alison Steiber, Chief Science Officer dari Academy of Nutrition and Dietetics (AND), USA

 
Serdang, 9 September 2022

Lawatan daripada Dr. Alison Steiber, Chief Science Officer dari Academy of Nutrition and Dietetics (AND), USA ke Jabatan Dietetik, FPSK dan HPUPM”

Pihak Jabatan Dietetik telah menerima lawatan singkat daripada pihak Academy of Nutrition and Dietetics (AND) Amerika Syarikat pada 9 September 2022 yang diwakili oleh Dr. Alison Steiber. AND merupakan organisasi profesional dalam bidang pemakanan dan dietetik yang terbesar di dunia dengan keahlian melebihi 110,000 orang.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik pengajaran dan penyelidikan di dalam bidang dietetik, seterusnya melonjakkan keterlihatan Jabatan khususnya dan UPM amnya di peringkat global.

Dr. Steiber turut diiringi oleh pensyarah dan pegawai dietetik untuk lawatan ringkas ke fasiliti pengajaran klinikal dan perkhidmatan makanan di HPUPM. Turut serta di dalam lawatan ini adalah Prof. Dr. Tilakavati Karupaiah dari Taylor’s University.
 
 
 
 

Date of Input: 15/09/2022 | Updated: 15/09/2022 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDdVAy~