Hospital Pengajar UPM Dijangka Mula Operasi Pertengahan Tahun Ini | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Hospital Pengajar UPM Dijangka Mula Operasi Pertengahan Tahun Ini

Hospital Pengajar UPM Dijangka Mula Operasi Pertengahan Tahun Ini

BERNAMA - Ahad 24 Mac 2019

SERDANG, 24 Mac (Bernama) -- Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di sini dijangka memulakan operasi menjelang pertengahan tahun ini, kata Naib Canselor UPM Prof Datin Aini Ideris.

Beliau berkata, projek pembinaan HPUPM telah hampir selesai sepenuhnya dan kini dalam fasa ‘room to room inspection’.

"Pihak HPUPM telah merancang beberapa dasar dan aktiviti untuk dijadikan sebagai teras dan keunikan dalam operasi hospital berkenaan kelak. HPUPM juga merancang menerapkan konsep ibadah dan amalan 'Hospital Mesra Ibadah' serta memperkasakan peranan sukarelawan hospital," katanya lagi.

Aini berkata demikian dalam ucapan aluannya pada majlis perasmian Seminar Sukarelawan Hospital Kebangsaan yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM di sini hari ini.

Jelas beliau, pasukan sukarelawan HPUPM yang dikenali sebagai Heart of HPUPM sudah dilancarkan sejak September lepas lagi.

Tambah Aini, konsep sukarelawan hospital dalam membantu memberikan khidmat kepada pesakit dan pelawat hospital adalah agak baharu di Malaysia berbanding di negara maju yang mana para sukarelawan hospital bergerak secara aktif, tersusun, dilengkapi dengan latihan dan akreditasi yang berpiawaian.-Bernama

 

Sumber :BERNAMA

Date of Input: 28/03/2019 | Updated: 24/04/2020 | h_nora

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDdXA3~