Delegasi Institut Pertanian Bogor Anjur Lawatan Ke UPM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Delegasi Institut Pertanian Bogor anjur lawatan ke UPM

Delegasi Institut Pertanian Bogor anjur lawatan ke UPM

SERDANG, 27 Januari- IPB University (Institut Pertanian Bogor) Indonesia mengadakan lawatan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi kerjasama dan hubungan alumni.
 
Melalui program kerjasama antara UPM dan IPB dalam bidang penyelidikan akan memberi manfaat dan impak yang besar dalam penubuhan pejabat satelit, pertukaran staf dan pelajar, kolaborasi penyelidikan, penganjuran konferensi dan seminar serta memperkukuhkan jaringan dalam pelbagai bidang yang boleh dimanfaatkan bersama komuniti dan juga masyarakat.
 
Turut hadir, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Rektor IPB, Prof. Dr. Arif Satria, Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS), UPM, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid dan Pengarah Putra Science Park, UPM, Profesor Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad.
 
Delegasi dari IPB telah disambut oleh Pengarah Hospital Pengajar UPM, Prof. Dr. Hamidon Basri, Timbalan Pengarah (Klinikal) HPUPM, Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina binti Zakaria, dan Timbalan Pengarah (Pengurusan), Encik Mohd Nazri bin Md Yasin. Mereka telah dibawa melawat beberapa jabatan dan klinik sekitar HPUPM antaranya Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Unit Kecemasan Strok RESQ, dan Jabatan Radiologi.

Date of Input: 03/02/2023 | Updated: 03/02/2023 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXESSA3~