UNIT KESIHATAN AWAM (UKA) | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» KORPORAT » UNIT KESIHATAN AWAM (UKA)

UNIT KESIHATAN AWAM (UKA)

                                                         

Unit Kesihatan Awam (UKA) di HSAAS adalah satu unit yang menguruskan hal-hal berkaitan kesihatan awam, kesihatan pekerjaan di kalangan staf, kesihatan persekitaran hospital, surveilans penyakit berjangkit, dan promosi kesihatan. Kesemua aktiviti ini mempunyai punca kuasa di dalam akta-akta yang berkaitan dengan kesihatan awam, seperti Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Akta Makanan 1983 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Objektif UKA adalah untuk memastikan kehendak akta berkaitan kesihatan awam dipenuhi di HSAAS, menyediakan rundingan teknikal dan perkhidmatan kepakaran kesihatan awam serta menjalankan aktiviti pengurusan, perancangan, pelaksanaan, dan penilaian program kesihatan awam di HSAAS.

 

Unit Kesihatan Awam terdiri daripada 5 sub-unit iaitu:

  • Sub-unit Surveilans dan Kawalan Penyakit. Sub-unit ini merancang dan menyelaras aktiviti berikut: notifikasi penyakit berjangkit dijalankan serta bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
  • Sub-unit Promosi Kesihatan. Sub-unit ini memberi khidmat rundingan teknikal dalam pembentukan program promosi kesihatan di HSAAS termasuk mempromosi polisi kesihatan negara, memudahcara penganjuran Latihan, promosi dan pendidikan kesihatan untuk wargakerja, pesakit dan penjaga, serta mengadakan latihan teras pendidikan kesihatan untuk wargakerja hospital.
  • Sub-unit Klinik Warga Sejahtera. Sub-unit ini menyelaras saringan  kesihatan dan pendidikan kesihatan kepada warga UPM Serdang.
  • Sub-unit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Sub-unit ini memberi rundingan teknikal dan kepakaran berkenaan hal-hal kesihatan pekerjaan seperti keselamatan dan kesihatan tempat kerja termasuk surveilans kesihatan di tempat kerja, membantu siasatan ke atas kemalangan dan kejadian berbahaya, membantu memastikan pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, serta mengurus rekod-rekod berkaitan kesihatan pekerjaan. Sub-unit ini juga menjalankan Klinik Perubatan Pekerjaan.
  • Sub-unit Kesihatan Persekitaran. Sub-unit ini bekerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Sepang dalam menguatkuasa Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, dan Akta Makanan 1983.
  • Memberi pendidikan kesihatan mengenai penyakit Diabetis Melitus.

 

Kemaskini:: 07/04/2023 [khairun]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdSAu~