Tabung Kebajikan Pesakit HPUPM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» KORPORAT » UNIT KAUNSELING DAN KERJA SOSIAL PERUBATAN » Tabung Kebajikan Pesakit HPUPM

Tabung Kebajikan Pesakit HPUPM

 
 

LATAR BELAKANG

  • Hopsital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) komited dalam memberi rawatan terbaik kepada setiap pesakit yang hadir tanpa mengira latar belakang sosioekonomi. Walaupun begitu, rawatan yang berkesan meningkatkan kadar kesembuhan dalam kalangan pesakit lazimnya memerlukan kos yang tinggi.

 

  • Justeru, Tabung Amanah Sumbangan Kebajikan Pesakit HPUPM ditubuhkan bagi mendukung hasrat membantu pesakit yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan terbaik di HPUPM.
 

SEJARAH PENUBUHAN TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT

  • Penubuhan Tabung Amanah Sumbangan Kebajikan Pesakit HPUPM ditubuhkan pada 15 Oktober 2019.
 
OBJEKTIF TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT
  • Membantu dan memastikan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan dapat menerima rawatan dan pemulihan di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)
  • Menyalurkan bantuan dan keperluan rawatan yang diperlukan oleh pesakit dengan kadar segera dengan tempoh kelulusan bantuan yang singkat.

  • Memastikan keperluan rawatan disalurkan kepada golongan pesakit yang layak dan memerlukan melalui penilaian yang terancang.
 
AHLI JAWATANKUASA TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT
 
FUNGSI JAWATANKUASA TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HPUPM
  • Memutuskan dasar berhubung dengan penggunaan wang di dalam Akaun Tabung Kebajikan Pesakit (TKP) ini selaras dengan tujuan TKP.

  • Memutuskan aggaran belanjawan tahunan dan anggaran belanjawan tambahan Tabung Kebajikan Pesakit.

  • Memastikan bahawa perbelanjaan TKP ini dibuat mengikut peraturan kewangan dan prosedur yang ditetapkan.

  • Menentukan jumlah pelaburan untuk ditadbirkan oleh Bursar Universiti

  • Memastikan bahawa semua laporan dan penyata berhubung dengan terimaan dan perbelanjaan TKP ini disediakan dan dikemukakan sebagaimana yang ditetapkan dalam Surat Ikatan Amanah TKP.

  • Mengawasi supaya Akaun TKP ini sentiasa berbaki kredit dan tidak terlebih dikeluarkan pada setiap masa dan;

  • Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pemegang Amanah sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh setahun
 
AKTIVITI TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT (TKP) 2022
 
 

BIL.

AKTIVITI PENDANAAN

JUMLAH PENDAPATAN

1

Jualan Air Mineral

*RM 2,897.40

2

10,000 Langkah Sempena Bulan Kaunseling 

RM 1,910.00

3

10,000 Langkah Sempena Hari Kerja Sosial Sedunia

RM 2,471.00

4

Appreciation Day 2022 (Jualan Bunga)

RM 2,284.00

5

Jualan Ekslusif Kurma

 

6

Bendera Putih: Psychological First Aid, Apa Peranan Kita

RM 440.00

7

Program 3M (Mengandung, Meroyan dan Murung)

RM 590.00

     
     

JUMLAH KESELURUHAN

RM 10,592.40

 *sehingga tarikh semasa (dikemaskini pada setiap sukuan)  
 
 

CMSSU SEDANG GIAT MENJALANKAN AKTIVITI PENDANAAN UNTUK MEMBANTU PESAKIT. AKTIVITI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

 
                     
 
                    
 
                    
 
 

 

Kemaskini:: 24/08/2022 [amirahhani]

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDdXAC~