JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» KORPORAT » JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

   
  

 

JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi adalah salah sebuah jabatan klinikal di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) yang berfungsi dan beroperasi bagi memberi perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan terkini serta teknologi yang bersesuaian bagi melahirkan komuniti wanita dan keluarga yang sihat. Jabatan Obstetrik dan GinekologiL, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) mula beroperasi secara berperingkat semenjak 9 Disember 2019. Jabatan ini memulakan perkhidmatan dalam operasi subkepakaran Reproduktif dan Infertiliti kemudian dikembangkan kepada perkhidmatan Maternal-Fetal dan Ginekologi dengan adanya subkepakaran dari Pakar-pakar yang terlatih. Liputan perkhidmatan jabatan ini meliputi beberapa daerah dalam Negeri Selangor. Jabatan Obstetrik dan Ginekologi ini juga turut menerima banyak rujukan-rujukan dari Pusat Kesihatan UPM, Klinik-Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta dari luar kawasan liputan Lembah Klang.

 

Perkhidmatan Pesakit Luar:

  • Pusat Kemasukan Pesakit Obstetrik dan Ginekologi (OGAC)
  • Unit Penilaian Awal Kehamilan (EPAU)
  • Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi
  • Maternal Fetal Services:

          i. First trimester screening scan
          ii. Pre-eclampsia and IUGR screening and monitoring
          iii. Preterm Labour Screening
          iv. Fetal Anomaly scan
          v. High risk pregnancy Clinic
          vi. Combine Clinic
          vii. Pre-pregnancy Counselling
          viii. Prenatal Screening test
          ix. Prenatal Diagnostic test
          x. 3D/4D ultrasound scan

  • Putra IVF Centre
  • Gynae-Oncology Clinic
  • Urogynaecology Clinic

 

Perkhidmatan Pesakit Dalam:

  • Wad Obstetrik (28 katil)
  • Wad Ginekologi (28 katil)
  • Dewan Bedah Am/GOT
  • Dewan Bedah Materniti/MOT (2 Bilik Bedah)
  • Dewan Bersalin (10 Kamar Bersalin dan 4 katil HDU)

 

Visi:

Menjadi jabatan yang cemerlang dan berkualiti dalam bidang perawatan dan latihan Obstetrik dan Ginekologi serta menjadi pusat rujukan dalam penjagaan kesihatan untuk wanita, bayi dan keluarga mereka.

Misi:

Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada wanita, bayi dan keluarga mereka termasuk memastikan latihan anggota yang berterusan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

 

Kemaskini:: 08/06/2023 [amirahhani]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETTAt~