JABATAN FARMASI | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» KORPORAT » JABATAN FARMASI

JABATAN FARMASI

     

Jabatan Farmasi merupakan sebuah jabatan yang berfungsi menyediakan perkhidmatan farmasi berkonsepkan penjagaan farmaseutikal secara menyeluruh. Perkhidmatan ini melibatkan pelbagai jenis perkhidmatan farmasi klinikal yang berobjektifkan peningkatan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan, penjagaan serta rawatan yang diterima oleh pesakit.

Perkhidmatan ini dapat memenuhi keperluan pelbagai jabatan serta unit perubatan yang lain dari segi penyebaran maklumat berkaitan farmakoterapi, penggunaan ubat-ubatan secara optimum dan rasional melalui penglibatan ahli farmasi di dalam proses penyediaan, distribusi dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal yang lain. Selain itu, Jabatan Farmasi juga membekalkan maklumat kepada mereka yang mempreskripsi (contoh: doktor dan pembantu perubatan) dan yang menggunakan (contoh: pesakit) produk farmaseutikal. Dengan itu, pesakit dapat meningkatkan kefahaman dan maklumat berkenaan ubat-ubatan yang digunakan supaya keberkesanan terapi dalam rawatan dapat dipertingkatkan serta melindungi masyarakat daripada kemudaratan ubat-ubatan semasa menggunakannya.

Kami bertanggungjawab membekalkan dan mengurus semua aspek yang berkaitan dengan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar (ambulatori). Ini termasuklah perkhidmatan farmasi klinikal seperti pemonitoran ubat-ubatan terapeutik (TDM) , penyediaan nutrisi parenteral (TPN), kaunseling pesakit dan lain-lain. Misi Jabatan Farmasi ialah untuk memastikan seluruh masyarakat memperolehi produk farmaseutikal dan pemelihara kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional. Pemberian ubat secara optimum kepada semua pesakit untuk memastikan penjagaan kesihatan mereka adalah berkualiti tinggi dan keberkesanan kos (cost-effective).

Kemaskini:: 12/06/2020 [hirfarizan]

PERKONGSIAN MEDIA

SXEYSAz~