JABATAN PATOLOGI | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» KORPORAT » JABATAN PATOLOGI

JABATAN PATOLOGI

                 

Jabatan Patologi terdiri daripada beberapa disiplin/unit yang menyediakan servis diagnostik patologi di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). Unit-unit di bawah jabatan ini adalah termasuk Hematologi, Patologi Kimia, Histopatologi, Sitopatologi, Imunologi dan Transfusi Perubatan.  Mortuari (bilik mayat) juga adalah dibawah jabatan ini.  Pelbagai ujian diagnostik yang berkualiti ditawarkan dengan adanya kumpulan pakar patologi, saintis, pegawai sains, juruteknologi perubatan dan staf sokongan yang lain menjalankan peranan masing-masing.  Pemantauan kawalan kualiti dijaga dan penyertaan dalam External Quality Assurance Schemes tempatan dan antarabangsa memastikan perkhidmatan berkualiti. Sebagai hospital pengajar, jabatan ini turut terlibat dalam penyeliaan pelajar siswazah dan pascasiswazah serta menyediakan kemudahan infrastruktur untuk menyokong pembelajaran. Kami juga aktif mengambil bahagian dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Kemaskini:: 07/04/2023 [khairun]

PERKONGSIAN MEDIA

SXEZNAQ~