JABATAN ORTOPEDIK | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» KORPORAT » JABATAN ORTOPEDIK

JABATAN ORTOPEDIK

Jabatan Ortopedik dahulunya dikenali sebagai Unit Ortopedik di bawah Jabatan Pembedahan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Walau bagaimanapun, pada tahun 2006 unit ini telah diberikan status jabatan. Pada masa ini jabatan orthopedik mempunyai lapan unit sub- kepakaran. Unit-unit Sub-kepakaran tersebut adalah seperti:

  • Unit Pembedahan Tangan & Mikrosurgeri
  • Unit Pembedahan Sukan
  • Unit Pembedahan Pengantian Sendi
  • Unit Pembedahan Spinal
  • Unit Pediatrik
  • Unit Pembedahan Trauma Advance
  • Unit Pembedahan kaki & Pergelangan Kaki
  • Unit Pembedahan Pengantian Sendi & Onkologi 

Jabatan ini terletak di Kampus Serdang Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan.  Terdapat dua program pra-siswazah iaitu Ortopedik Lanjutan (SPK4912) dan Ortopedik Pengenalan (SPK3914).  Jabatan ini juga menawarkan Program Master Surgeri (Ortopedik) sejak tahun 2013. 

Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan pakar-pakar Ortopedik untuk memenuhi permintaan yang tinggi sektor awam dan swasta.  Selain dari pengajaran prasiswazah, perkhidmatan dan kerja-kerja kemasyarakatan, staf-staf jabatan juga terlibat dalam pengajaran dan penyelidikan pasca ijazah. 

Kini jabatan orthopedik adalah salah satu jabatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dan telah memulakan perkhidmatan dalam tahun 2020. Misi kami adalah untuk menjadi sebuah jabatan yang penting di HSAAS dan memberikan perkhidmatan yang “ extraordinary” kepada pesakit kami selaras dengan visi HSAAS sendiri.

Kemaskini:: 19/10/2023 [khairun]

PERKONGSIAN MEDIA

SXEaHAb~