Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi (dahulunya Unit Anestesiologi) mula beroperasi sejak tahun 1999. Perkhidmatan klinikal telah bermula dari Hospital Kuala Lumpur (1999 hingga 2007), Hospital Serdang (2007 hingga kini) dan kini utamanya di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) sejak November 2019. Sehingga sekarang, Jabatan ini diterajui oleh 5 Pensyarah Akademik, 3 Pakar Klinikal , 7 pegawai perubatan dan staf sokongan. Jabatan masih lagi mencari peluang untuk percambahan tenaga kerja bagi menampung keperluan servis klinikal berteraskan kepada keselamatan pesakit dan akademik. Selain itu Jabatan juga bertanggungjawab untuk melatih perintis-perintis pakar perubatan anestesiologi di dalam kursus pascasiswazah ‘MMed Anaesthesiology’. Di HSAAS, kami bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perawatan intensif untuk pesakit kritikal di ‘Intensive Care Unit (ICU) mengikut standard dan protokol’, perkhidmatan ‘periopeative’ secara menyeluruh untuk pesakit memerlukan bius semasa pembedahan dan rawatan kesakitan akut. Jabatan juga menyediakan perkhidmatan pesakit luar untuk rujukan penilaian awal pesakit yang memerlukan bius semasa pembedahan yang bertempat di ‘Daycare HSAAS’ membolehkan pelan rawatan adalah ‘tailor made’ khusus kepada pesakit yang dirujuk bagi memastikan keselamatan dan pengurangan risiko semasa pembedahan. Kelebihan Jabatan Anaestesiologi dan Rawatan Rapi HSAAS walaupun baru beroperasi pada tahap 25% kapasiti penuh :
Perkhidmatan: Skop perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan adalah:
Klinik Anestesia Lokasi: Unit Rawatan Harian, Tingkat 3, HSAAS Waktu Operasi: 8.30 am – 4.00pm (Isnin – Jumaat) Tel: 03 9769 9854/9815 |
Updated:: 06/04/2023 [khairun]
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA