UNIT KAUNSELING DAN KERJA SOSIAL PERUBATAN | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» KORPORAT » UNIT KAUNSELING DAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

UNIT KAUNSELING DAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

                 

Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan (CMSSU) merupakan sebuah unit yang memberi fokus kepada kebajikan pesakit dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan yang dimaksudkan meliputi pelaksanaan kaunseling, terapi sokongan, bantuan praktik dan penganjuran program-program yang berkaitan dengan kebajikan perubatan, motivasi serta pengurusan psikologi. Unit ini terdiri daripada Pegawai Psikologi dan pekerja pentadbiran dalam pelbagai kepakaran dan kemahiran berkaitan kaunseling dan kerja sosial. CMSSU komited dalam melaksanakan tugas seiring dengan moto HSAAS iaitu “Providing Extraordinary Care Together” bagi memastikan kesejahteraan klien yang hadir mendapatkan bantuan sentiasa terjaga. Perkhidmatan di MSSU terbuka kepada semua pesakit, waris dan pekerja yang berkhidmat di HSAAS.

Kemaskini:: 07/04/2023 [khairun]

PERKONGSIAN MEDIA

SXESNAi~