SUMBANGAN KEPADA HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (HPUPM) | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » SUMBANGAN KEPADA HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (HPUPM)

SUMBANGAN KEPADA HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (HPUPM)

 

9 April 2022 (Sabtu, 7 Ramadhan 1443 Hijrah) Serdang- Hospital Pengajar UPM telah menerima sumbangan Free Meals Ramadan 1443H daripada Projek Infak Iftar yang dikendalikan oleh Pelajar Program Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga, Fakulti Pengajian Pendidikan. Projek ini merupakan sebahagian daripada tugasan amali pelajar bagi memenuhi keperluan kursus STE3233 Pengurusan Perkhidmatan Makanan, yang dikelola oleh Dr. Rahimah Jamaluddin, Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal (JPST).

Juadah ini telah disediakan sendiri oleh para pelajar melalui hasrat para penyumbang yang terdiri daripada Warga UPM serta orang awam. Sesi penyerahan Free Meals Ramadhan melibatkan 17 wad/jabatan di HPUPM dengan jumlah keseluruhan sebanyak 150 set makanan. Turut hadir bagi sesi agihan kepada petugas HPUPM adalah Dr. Rahimah Jamaluddin (FPP), En. Muhammad Amirul Aidil Rosly (Pegawai Pembangunan Masyarakat HPUPM) serta 9 orang pelajar Program Sains Rumah Tangga.

Pelaksanaan projek ini memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengetahuan, kemahiran dan pengalaman menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak serta menghayati erti keprihatinan dan kretid dalam merancang aktiviti secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Warga kerja HPUPM ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan pihak Fakulti Pengajian Pendidikan serta orang awam yang memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan HPUPM. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

 
                        
 
                       
 
                              
 
                       

Tarikh Input: 12/04/2022 | Kemaskini: 12/04/2022 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
WXFUHAk~