![]() |
Serdang, 19 Ogos 2021 - Simbolik penyerahan yang diadakan adalah bertujuan bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan pelitup muka dan kain kapan kepada Hospital Pengajar UPM. Sumbangan pelitup muka dan kain kapan ini adalah usaha murni daripada pihak Sahabat Masjid UPM. Sebanyak 1010 kotak pelitup muka dan 10 gulung kain kapan telah disumbangkan oleh pihak Sahabat Masjid UPM kepada HPUPM.
Selain itu, simbolik pada kali ini juga bertujuan bagi menyempurnakan penyampaian cenderahati penghargaan kepada 5 orang Kakitangan Mobilisasi dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak ke HPUPM.
Simbolik ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Semoga sumbangan yang diberikan bermanfaat kepada penerima selayaknya. Besar harapan agar simbolik penyerahan sumbangan ini dapat menggalakkan budaya menyumbang dan sikap prihatin dalam kalangan masyarakat seiring dengan norma baharu.
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 24/08/2021 | Kemaskini: 24/08/2021 | amirahhani
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA