Serdang, 25 Ogos – Pihak Hospital Pengajar telah menerima kunjungan hormat dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi sesi lawatan dan Mesyuarat Tindakan Rektifikasi Isu-isu Kecacatan dan Permasalahan Semasa Tempoh Defescts Liability Period (DLP) HPUPM. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Datuk Seri Dr. Mazlan bin Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi dan dihadiri bersama Timbalan Ketua Setiausaha, Pengurusan dan Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi En. Rosli bin Yaakub dan bersama dengan Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi (Create) JKR dan Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan JKR Hj, Noor Azman bin Ramli bertempat di Bilik Mesyuarat Patologi, HPUPM. Kedatangan tetamu disambut oleh Prof. Madya Dr. Muhammad bin Hj Mohd Isa, Pengarah HPUPM yang telah menyampaikan sedikit taklimat berkaitan dengan perkembangan semasa hospital. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 26/08/2020 | Kemaskini: 27/08/2020 | amirahhani
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA