Lawatan Penanda Aras Jabatan Farmasi Hospital UiTM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Lawatan Penanda Aras Jabatan Farmasi Hospital UiTM

Lawatan Penanda Aras Jabatan Farmasi Hospital UiTM

 

Jabatan Farmasi Hospital Pengajar UPM (HPUPM) berbesar hati kerana telah menerima kunjungan daripada Jabatan Farmasi Hospital UiTM yang diketuai oleh Puan Afzan Raihan Izzati Hamzah , Ketua Unit Farmasi Pesakit Luar dan Cik Umira Syahirah, Pegawai Farmasi Pesakit Luar UiTM.

Tujuan utama perjumpaan pada hari ini adalah bagi bertukar pendapat dan memberikan pendedahan berkaitan proses kerja di Jabatan Farmasi Pesakit Luar dan Jabatan Farmasi Pesakit Dalam.

Kami amat berbesar hati dan sebagai tuan rumah kami gembira untuk menyantuni dan bertukar pandangan yang boleh memberikan kebaikkan dalam terus memberikan perkhidmatan terbaik bagi masyarakat kita.

Terima kasih kepada pihak Jabatan Farmasi Hospital UiTM diatas kesudian untuk lawatan ini. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada mereka.

 
 
 
 
 

Tarikh Input: 11/12/2020 | Kemaskini: 11/12/2020 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
WXFUIA0~