Lawatan Penanda Aras Dari Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Lawatan Penanda Aras dari Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)

Lawatan Penanda Aras dari Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)

SERDANG, 17 Mac 2023 - Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, HSAAS telah menerima Lawatan Penanda Aras dari Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
 
Lawatan tersebut diketui oleh Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi & Pakar Perunding Kanan (HRC), Dr. Yusniza Binti Mohd Yusof, (HRC) bersama 21 pegawai dan disambut oleh Pengarah, Prof Dr. Hamidon Hj. Basri bersama Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi HSAAS, Dr. Mazatulfazura Sf Salim.
 
Tujuan lawatan penanda aras ini adalah untuk mendapatkan pendedahan berkaitan pelaksanaan operasi, pengurusan pelanggan, dan sistem pengurusan pentadbiran bagi perkhidmatan rehabilitasi di HSAAS. Antara pegawai dari HRC terdiri daripada Ketua Jabatan, Pakar Rehabilitasi, Pegawai Perubatan, Ketua Unit, Staf Paramedik dan juga staf pentadbiran.
 
Antara tempat lawatan di HSAAS adalah di Bilik ERCP (C Arm Radiography Fluoroscopy untuk prosedur VFSS) di Pusat Rawatan Harian Surgeri, Bilik Rawatan Terapi Pertuturan dan bilik Rawatan Prosedur FEES di Jabatan Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala Dan Leher (ENT) dan Jabatan Perubatan Rehabilitasi.
 
Lawatan berakhir sekitar jam 11.00 pagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 21/03/2023 | Kemaskini: 21/03/2023 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXETJAW~