LAWATAN KERJA FAKULTI PERUBATAN, UNIVERSITAS BRAWIJAYA, INDONESIA | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » LAWATAN KERJA FAKULTI PERUBATAN, UNIVERSITAS BRAWIJAYA, INDONESIA

LAWATAN KERJA FAKULTI PERUBATAN, UNIVERSITAS BRAWIJAYA, INDONESIA

 

  

 

Pada 14 Feb 2020, Jabatan Radiologi HPUPM telah menerima lawatan kerja dari Fakulti Perubatan,Universitas Brawijya,Indonesia bersempena Majlis Pertukaran MoA Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan Fakulti Perubatan, Universitas Brawijaya, Indonesia. Lawatan kerja ini sebahagian daripada perancangan kerjasama antara Jabatan Radiologi, HPUPM dan Fakulti Perubatan Universitas Brawijaya.

Lawatan kerja tersebut diketuai oleh DR. dr. Wisnu Barlianto, Dekan Fakulti Perubatan Universitas Brawijaya bersama 4 pegawai delegasi lain. Delegasi dibawa melawat kemudahan pengimejan yang terdapat di Jabatan Radiologi seperti CT scan, MRI, Angiografi, Mammogarfi Tomosintesis, Densitometri dan Ultrasound. Delegasi juga dibawa bertemu Pengarah HPUPM, Prof. Muhammad bagi sesi menandatangi buku pelawat serta sesi
perkongsian berkaitan hala tuju pada masa depan.

Tarikh Input: 26/02/2020 | Kemaskini: 26/02/2020 | hirfarizan

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEUEAL~