![]() |
4 September 2022 - Kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Hospital Pengajar UPM (HPUPM) oleh Profesor Emeritus Dr. Sandra Capra dari The University of Queensland, Australia sebagai Profesor Pelawat Kehormat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) bagi tahun 2022.
Sesi kunjungan telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof selaku Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan dan Hal Ehwal Pelajar), FPSK dengan di iringi oleh Dr Zuriati Ibrahim (Ketua Jabatan Dietetik), Prof. Madya Siti Nur'Asyura Adznam serta beberapa Pegawai Dietetik.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik pengajaran dan penyelidikan di dalam bidang dietetik serta memberi rundingan kepada ahli fakulti mengenai akademik, penyelidikan serta Praktikum Professional Dietetik (PPD).
Profesor Emeritus Dr. Sandra turut di iringi oleh pensyarah dan pegawai dietetik untuk lawatan ringkas ke fasiliti pengajaran klinikal dan perkhidmatan makanan di HPUPM. Satu sesi rundingan diantara Clinical Educators (CEd) yang juga merupakan Pegawai Dietetik juga telah diadakan bersama Profesor Emeritus Dr. Sandra bagi perbincangan mengenai perkhidmatan klinikal serta latihan klinikal pelajar dalam bidang Dietetik.
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 19/09/2022 | amirahhani
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA