![]() |
SERDANG, 25 Februari : Kelab Kebajikan, Rekreasi & Sosial (KKRS) Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) turut terpanggil untuk membantu kakitangan HPUPM yang menjadi mangsa banjir awal tahun ini di sekitar Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Pro-team KKRS, Saiful Azlin Maskan berkata, pihaknya sentiasa prihatin dan berusaha sebaik mungkin bagi membantu kakitangan yang terjejas dan memerlukan. KKRS tampil menyampaikan bakul makanan dan wang tunai yang disumbangkan oleh kakitangan HPUPM. Majlis penyampaian sumbangan secara simbolik disampaikan oleh Pengarah HPUPM, Prof. Madya Dr. Muhammad Mohd Isa kepada beberapa wakil kakitangan yang terlibat di ruang legar hospital. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Klinikal, Prof. Dr. Normala Ibrahim, Timbalan Pengarah Pengurusan, Mohd Nazri Md Yasin dan Pengerusi Jawatankuasa Pro-tem, Saiful Azlin Maskan. Prof. Madya Dr. Muhammad mengucapkan terima kasih kepada KKRS di atas usaha kelab menyusun dan menyediakan sumbangan berkenaan dan turut berterima kasih kepada kakitangan lain yang membantu memberi sumbangan. Beliau berharap program seperti itu dapat diteruskan di masa hadapan agar dapat meringankan beban kakitangan yang memerlukan, disamping mendoakan semua kakitangan HPUPM dilindungi daripada segala bentuk bencana dan malapetaka. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 30/03/2022 | Kemaskini: 30/03/2022 | amirahhani
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA