Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Di Negeri Selangor - Shah Alam | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Negeri Selangor - Shah Alam

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Negeri Selangor - Shah Alam

 
SHAH ALAM, 21 OGOS 2022
 
Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah dijemput untuk mempromosikan perkhidmatan dan kepakaran HPUPM serta menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada orang awam menggunakan Bas Pengembangan Putra, UPM.
 
Program ini dijalankan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Negeri Selangor. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran dan promosi kesihatan serta gaya hidup sihat, demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara, konsultansi dan saringan ujian HPV secara kendiri, saringan kesihatan mata, pemeriksaan saraf.
 
mata menggunakan fundus kamera, konsultansi dan pemeriksaan kesihatan kulit (acne vulgaris), Ujian kecergasan 3 minit, konsultansi fisioterapi dan pemulihan cara kerja.
 
Program yang dijalankan selama 3 hari ini telah memberi manfaat kepada 275 orang awam yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan tersebut. Seramai 30 orang petugas kesihatan telah terlibat sepanjang program berlangsung. Ia turut melibatkan petugas daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Perubatan, Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Unit CCAREdan Unit Pakar Jururawat Klinikal.
 
Program sebegini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Selain itu, masyarakat juga dapat memanfaatkan saringan kesihatan yang telah diberi dengan baik bagi membentuk komuniti sejahtera.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 27/09/2022 | Kemaskini: 27/09/2022 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXETJAS~