Siri Demonstrasi Peralatan Simulasi High Fidelity System Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Klinikal Pelajar Perubatan UPM Dan Latihan Staf Klinikal Di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » Siri Demonstrasi Peralatan Simulasi High Fidelity System dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Klinikal Pelajar Perubatan UPM dan latihan staf klinikal di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

Siri Demonstrasi Peralatan Simulasi High Fidelity System dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Klinikal Pelajar Perubatan UPM dan latihan staf klinikal di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)


1.0 Pengenalan
Penggunaan peralatan simulasi merupakan satu kaedah yang dapat memberikan sebahagian daripada pengalaman dan latihan dalam membina kemahiran klinikal untuk pelajar dan staf klinikal pada semua peringkat. ‘Manikin High Fidelity System’ yang canggih mampu memberikan pengalaman yang mengsimulasi situasi yang dibina daripada keadaan sebenar untuk mencapai objektif latihan.
Menyedari hakikat ini, Makmal Simulasi dan Kemahiran Klinikal HPUPM bersama Jabatan klinikal HPUPM telah mengadakan kolaborasi dengan syarikat Indizium Sdn Berhad untuk mengadakan Siri Demonstrasi Peralatan Simulasi High Fidelity System Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Klinikal Pelajar Perubatan UPM Di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) yang disambut baik oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM untuk melatih graduan doktor perubatan yang berupaya melaksanakan tugas klinikal. Program ini juga disertai oleh staf klinikal HPUPM yang berkenaan sebagai latihan ‘refresher’ dan perkembangan.

2.0 Latar Belakang
Tarikh :04 Oktober 2021 Hingga 26 Oktober 2021 (termasuk hari Sabtu yang terpilih)
Masa :08.00 Pagi Hingga 05.00 Petang
Tempat : Makmal Simulasi dan Kemahiran Klinikal, Dewan Bersalin dan Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU)
Anjuran : Aktiviti ini adalah kerjasama diantara :
1. Unit Makmal Simulasi dan Kemahiran Klinikal(CSSL) HPUPM,
2. Pejabat Timbalan Dekan Akademik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM
3. Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, UPM
4. Jabatan Paediatrik UPM

Bilangan peserta yg hadir:
• Bilangan penggunaan:
Pelajar Perubatan : 80 sessi
Jururawat : 7 sessi
Staf klinikal : 13 sessi

•Peserta:
Pelajar perubatan tahun 4: 110 orang
Pelajar perubatan tahun 5: 84 orang
Pegawai perubatan /pelajar master: 15
Jururawat: 7
Pembantu perubatan: 1


•Pengajar:
Pensyarah dan Pakar Klinikal Jabatan Obstetrik dan Ginekologi: 9 orang
Pensyarah dan Pakar Klinikal Jabatan Paediatrik : 14 orang
Pensyarah Kardiologi : 1
Jururawat klinikal : 3
Pelatih peralatan simulasi dari pihak syarikat pembekal peralatan : 3


Matlamat/Objektif:
1. Membantu dalam memberikan pengalaman praktikal melahirkan bayi, resusitasi bayi dan prosedur Echocardiografi melalui penggunaan simulator yang terbaik kepada peserta
2. Mendedahkan para pensyarah dan pakar klinikal kepada kaedah pembelajaran perubatan terkini yang berkesan
3. Meningkatkan tahap kompetensi yang lebih baik dikalangan staf klinikal.


Kaedah Pelaksanaan:
1. Jadual telah disusun dengan teliti dibawah pengawasan dan nasihat Unit Kesihatan Awam untuk memastikan SOP dipatuhi sepanjang program berlangsung
2. Program ini bermula dengan sesi pendaftaran peserta menggunakan aplikasi MySejahtera di lokasi yang telah ditetapkan di dalam jadual.
3. Tenaga pengajar dan pelajar melaksanakan sessi latihan menggunakan manikin dalam sessi perseorangan dan dalam kumpulan kecil diikuti sessi maklumbalas.
4. Pengajar dibantu oleh staf sokongan yang terlibat serta pelatih peralatan simulasi dari pihak syarikat pembekal peralatan
5. Pemantauan dilaksanakan oleh staf Makmal Simulasi dan Kemahiran Klinikal sepanjang sessi berlangsung.
6. Kesemua peserta dan pengajar di minta mengisi borang maklumbalas sessi menggunakan ‘Google Form’ selepas sessi mereka.
7. Majlis penutup oleh Tuan Pengarah HPUPM dan Dekan FPSK UPM

Penempatan dan jenis Peralatan:
☆ Dewan Bedah : Lucina - Childbirth Simulator
☆ Unit Rawatan Rapi Neonatal : Luna - Infant Simulator
☆ Makmal Simulasi dan Kemahiran Klinikal : Ultrasound Mentor - Echocardiography simulator for adult and fetus

3.0 Penutup
• Aktiviti telah berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan majlis penutup yang telah dihadiri oleh Pengarah HPUPM dan Dekan FPSK. Program ini telah mendapat maklumbalas yang sangat memberansangkan dengan saranan agar penggunaan peralatan Peralatan Simulasi High Fidelity System dapat dimasukkan sebagai sebahagian dari kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran klinikal pelajar perubatan UPM Di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).
• Diucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan HPUPM dan FPSK yang telah memberi sokongan dalam menjayakan program ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terbabit terutamanya para pensyarah dan staf dari Jabatan O&G, Paediatric,penyelaras program perubatan, staf Makmal Simulasi dan Kemahiran Klinikal serta para pelajar Tahun 4 dan 5 Program Doktor Perubatan UPM.

 

Tarikh Input: 18/11/2021 | Kemaskini: 18/11/2021 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEYTAt~