Jangan Pandang Remeh Kawasaki, Boleh Ragut Nyawa Kanak-kanak - Pakar | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » Jangan pandang remeh Kawasaki, boleh ragut nyawa kanak-kanak - pakar

Jangan pandang remeh Kawasaki, boleh ragut nyawa kanak-kanak - pakar

**Artikel ini telah diterbitkan di www.bernama.com pada 19 April 2022**
   

Ringkasan Artikel

“Komlikasi penyakit Kawasai paling membimbangkan adalah keradangan arteri koronari yang boleh menyebabkan masalah jantung seterusnya berisiko menyebabkan kematian sekiranya tidak mendapat rawatan sewajarnya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Oleh: Salawaty Supardi

   


 - Kementerian Kesihatan Malaysia

   

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) – Penyakit Kawasaki atau turut dikenali sebagai Sindrom Kawasaki jarang berlaku, ia berisiko menyebabkan kematian dalam kalangan kanak-kanak yang dijangkiti sekiranya tidak diberikan rawatan sesuai dengn segera.

Pakar Perundingan Kanan Pediatrik ynag juga Pakar Perundingan Inunologi Klinik dan Alergi di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Prof Madya Dr. Intan Hakimah Ismail berkata penyakit uty yang melbatkan keradangan pada pembuluh darah cenderung menyerang kanak-kanak berumur bawah lima tahun.

“Komlikasi penyakit Kawasai paling membimbangkan adalah keradangan arteri koronari yang boleh menyebabkan masalah jantung seterusnya berisiko menyebabkan kematian sekiranya tidak mendapat rawatan sewajarnya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut Dr. Intan Hakimah yang juga Ketua Unit Imunologi Klinikal, Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, penyakit Kawasaki sukar untuk didiagnosis kerana ia mempunyai gejala serupa dengan penyakit lain termasuk demam.

Bagaimanapun, ibu bapa boleh mengambil Langkah awal dengan membawa anak mereka berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti demam melebihi lima hari; ruam pada bahagian badan; benfkak kelenjar leher; lidah merah, bengkak, berbiji-biji yang dipanggil ‘lidah strawberi’ dan mata merah tetapi tidak berair atau mempunyai tahi mata.

“Jika anak-anak ada gejala ini, segerakah bawa berjumpa dengan doktor sebaik-baiknya pakar kanak-kanak keran mereka lebih mahir dan boleh mengetahui ia gejala Kawasaki atau tidak,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan memuat naik infografik berhubung penyakit Kawasaki dan menasihatkan ibu bapa agar mendapatkan rawatan segera sekiranya anak  mereka mempunyai gejala bagi mengurangkan risiko komplikasi jantung.

 

 

- Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Mengenai cara rawatan, Dr Intan Hakimah berkata kanak-kanak yang disahkan dijangkiti Kawasaki kebanyakannya pulih dalam tempoh beberapa hari, namun sesetengah kes serius pesakit perlu dirawat di hospital bagi membolehkan ‘antibodi imunoglobulin’ secara infuse intravena (IV) diberikan kepada mereka.

Dr Intan Hakimah manjelaskan sehingga kini belum dapat dikenal pasti punca sebenar jangkitan Kawasaki yang dikesan oleh pakar Pediatrik Jepun, Dr Tomisaku Kawasaki buat kali pertama pada 1967.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya anak-anak mereka demam dan tidak menganggapnya sebagai kebiasaan seperti kanak-kanak itu sedang membesar.

Sementara itu, Perunding Kanan Pediatrik Datuk Dr. Amar Singh HSS berkata Kawasaki bukan virus dan kanak-kanak Asia lebih terdedah kepada penyakit itu.

Mengenai Langkah pencegahan, Dr Amar yang juga penasihat Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-kanak (NECIC) menasihatkan ibu bapa agar mendpatkan rawatan sekiranya mengesyaki anak mereka mempunyai semua gejala tersebut.

“Tidak diketahui punca penyakit tetapi terdapat rawatan yang baik untuk penyakit Kawasaki iaitu menggunakan immunoglobulin dan aspirin. Bagaimanapun, petunjuk terbaik ialah demam berpanjangan tidak memberi tindak balas kepada rawatan biasa,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Tarikh Input: 20/04/2022 | Kemaskini: 20/04/2022 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEUVAx~