COVID-19: Kerajaan Sabah Perlu Segera Dibentuk Tangani Pandemik - Pakar Kesihatan | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » COVID-19: Kerajaan Sabah perlu segera dibentuk tangani pandemik - Pakar Kesihatan

COVID-19: Kerajaan Sabah perlu segera dibentuk tangani pandemik - Pakar Kesihatan

**Artikel ini diterbitkan di dalam Bahasa Melayu dan tiada terjemahan di dalam Bahasa Inggeris**
Artikel ini telah diterbitkan di astroawani.com pada 27 September2020.

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu negeri Sabah perlu segera dibentuk supaya dapat menangani kes COVID-19 yang semakin meningkat di negeri itu.
 
Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, perkara itu penting bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan COVID-19 dapat dilaksanakan dengan segera.
 
“Saya sangat mengesyorkan perkara ini supaya sebarang kerja atau keputusan mengenai COVID-19 dapat dilaksanakan dengan segera ketika mana negeri itu sedang merekodkan peningkatan kes jangkitan,” kata beliau kepada Astro AWANI pada Ahad.
 
Kerajaan negeri Sabah yang baharu masih belum dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai dilaksanakan pada Sabtu.
Dr Malina Osman berkata, pembentukan kerajaan baharu di Sabah amat penting bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan COVID-19 dapat dilaksanakan dengan segera.
 
Keputusan penuh menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi memenangi 38 kerusi daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingan.
 
GRS yang dianggotai Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) pula mendapat 14 kerusi seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) dapat menawan tujuh kerusi.
 
Parti Warisan Sabah (Warisan) pula memenangi 29 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dua kerusi seterusnya Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hanya satu kerusi.
 

Tarikh Input: 28/10/2020 | Kemaskini: 28/10/2020 | k_haryati

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEUTAG~