Program Menangani Stres Di Tempat Kerja: Mereka Toksik | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» AKTIVITI » Program Menangani Stres Di Tempat Kerja: Mereka Toksik

AKTIVITI

Tajuk Acara
Program Menangani Stres Di Tempat Kerja: Mereka Toksik
Tarikh
27 Mar 2023 - 27 Mar 2023
Masa
09.00 - 10.30
Lokasi
Mini Theatre, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Ringkasan Acara
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM akan mengadakan program seperti berikut:

Tajuk : Menangani Stres Di Tempat Kerja: Mereka Toksik Atau Anda Toksik?
Tarikh: 27 Mac 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi - 10.30 Pagi
Lokasi: Mini Theatre, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Penceramah: Dr. Noor Melissa Nor Hadi, Pasar Psikiatri & Pensyarah Perubatan FPSK UPM

Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon mendapatkan perkhidmatan hebahan di media sosial, laman web rasmi HSAAS dan dipaparkan pada digital board dalam premis HSAAS (termasuk di klinik) agar program ini dapat diuar-uarkan kepada semua.

Bersama-sama ini juga dimajukan borang perkhidmatan dan poster program untuk perhatian pihak tuan/puan selanjutnya.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Kemaskini:: 05/04/2023 [amirahhani]

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDcXA4~