CERAMAH IHYA' RAMADAN : AL-QURAN & WANITA | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» AKTIVITI » CERAMAH IHYA' RAMADAN : AL-QURAN & WANITA

AKTIVITI

Tajuk Acara
CERAMAH IHYA' RAMADAN : AL-QURAN & WANITA
Tarikh
06 Apr 2023 - 06 Apr 2023
Masa
02.30 - 03.30
Lokasi
Mini Theatre, HSAAS
Ringkasan Acara
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Didoakan semoga YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Dengan hormatnya saya merujuk mengenai perkara di atas.

2. Sukacita, dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Islam dan Unit Kerja Sosial Perubatan dengan kerjasama Kelab Kebajikan, Reakrasi dan Sosial HSAAS akan menganjurkan Program Ceramah Ihya' Ramadan : Al-Quran & Wanita - Program Semarak Ramadan Peringkat HSAAS Bagi Tahun 2023 M / 1444 H. Sehubungan dengan ini, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan bagi menghadiri program ini.

3. Untuk makluman pihak YBhg. Dato'/Datuk/Prof./Tuan/Puan butiran program adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 06 April 2023 / 15 Ramadan 1444 H (Khamis)

Masa: 2.30 - 3.30 Petang

Penceramah: Ustazah Nazirah Binti Abu Bakar
Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Tempat & Puatan: Mini Theater, HSAAS & Facebook HSAAS


4. Kakitangan yang menghadiri program ini akan diberi markah mata CPD. Jika terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan, boleh menghubungi Encik. Fakhrur Radzi Bin Muslim (03-9769 9055), Encik. Muhammad Amirul Aidil Bin Rusly (03-9769 9725) atau Cik. Faridzatul Syuhada Binti Abdul Rashid (03-9769 9763).

Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Kemaskini:: 05/04/2023 [amirahhani]

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXETFAc~