Event Title
PROGRAM KOMUNITI KANAK-KANAK WORLD DISABILITY DAY, A WORLD WITHOUT BARRIER 2023
Date
02 Dec 2023 - 02 Dec 2023
Location
Main Lobby, HSAAS UPM
Event Summary
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Perubatan Rehabilitasi, HSAAS UPM akan menganjurkan PROGRAM KOMUNITI KANAK-KANAK WORLD DISABILITY DAY, A WORLD WITHOUT BARRIER 2023 DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UPM. Program ini julung kali diadakan bagi berkongsi ilmu dan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat terutama golongan kurang upaya.
Berikut adalah butiran program:
Tarikh : 2 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Lobi Utama, HSAAS UPM
Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang karnival berlangsung
i. Senaman Aerobik
ii. Pertunjukan Fesyen
iii. Terapi Muzik
iv. Seni Kraftangan
Sekiranya berminat, pendaftaran dibuka sehingga 1 Disember 2023 melalui pautan : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfD7-I9ajD34xKjX0A1Imy0cv5HeD8M20CPkmTs0XmxARD-1w/viewform
Program ini terbuka untuk kanak-kanak kurang upaya daripada warga HSAAS & UPM, serta orang awam. Penyertaan adalah percuma. Sebarang maklum balas dan pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Rehabilitasi HSAAS UPM (Email: rehab_hsaas@upm.edu.my; No Tel : 03 9769 9476 ).
Sekian.
.png)
Updated:: 14/11/2023 [amirahhani]
MEDIA SHARING