PROGRAM KURSUS TRAINING OF TRAINER (TOT) PENGURUSAN IBADAH PESAKIT PERINGKAT HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH BAGI TAHUN 2023
SERDANG, 26 September – Unit Hal Ehwal Islam dan Jawatankuasa Hospital Mesra
Ibadah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dengan kerjasama Pusat Waqaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah menganjurkan Kursus Training of Trainer (TOT) Pengurusan Ibadah Pesakit Peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Bagi Tahun 2023. Kursus ini diadakan khusus untuk kakitangan HSAAS dan umumnya
kepada kakitangan Universiti Putra Malaysia.
Antara objektif Kursus Training of Trainer (TOT) Pengurusan Ibadah Pesakit Peringkat ini adalah bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan kepada kakitangan HSAAS tentang kaedah terbaik bagi membantu dan mengendalikan pesakit yang menghadapi masalah untuk melaksanakan ibadah ketika sakit. Selain itu, melalui kursus ini juga para peserta akan diberikan tunjuk acar secara praktikal bagi meningkatkan keyakinan peserta ketika menghadapi situasi yang sebenar.
Kursus telah diadakan pada 26 September 2023 yang lalu bertempat di Dewan Bankuet, HSAAS bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Azlan Bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah HSAAS.
Seramai 41 orang peserta telah mendaftar dan menghadiri Kursus Training of Trainer (TOT) Pengurusan Ibadah Pesakit Peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Bagi Tahun 2023 yang terdiri daripada kakitangan klinikal dan bukan klinikal. Para peserta telah didedahkan dengan 3 slot pengisian yang telah disampaikan oleh 1 orang penceramah daripada Du’at Al-Falah, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau ialah Ustaz Mohd Zulkifli Bin Awang. Diantara slot yang disampaikan ialah memahami asas rukhsah & darurat bagi pesakit,
pengurusan pesakit nazak dan bengkel ibadah pesakit (Wuduk, Tayammum, Solat).
Date of Input: 29/09/2023 |
Updated: 29/09/2023 | khairun
MEDIA SHARING