Jabatan Perubatan, HPUPM telah menerima lawatan dari delegasi Jepun. Delegasi ini terdiri dari Encik Kumaki dari Allm Inc, Cik Asae dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi, Jepun dan Encik Naoji dari Syarikat Holoeyes. Ia juga diserta oleh Pengarah HPUPM, Prof. Madya Dr Muhammad Haji Mohd, Profesor Dr Hamidon Basri, Ketua Jabatan Perubatan, Prof Madya Dr. Ho Fan Kee, Dr Iskasymar Itam@ Ismail dan beberapa pakar dan doktor perubatan lain. Lawatan ini adalah bagi membincangkan kerjasama dengan mereka dalam projek penyelidikan perubatan di masa hadapan bagi memberi manfaat kepada pesakit.
Date of Input: 26/02/2020 | Updated: 26/02/2020 | hirfarizan