KAUNSELING UNTUK SEMUA
Sukacita dimaklumkan Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan HPUPM menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi kepada ORANG AWAM yang memerlukan khidmat kaunseling. Sesi kaunseling boleh dilakukan secara bersemuka atau secara atas talian.
SESI KAUNSELING ADALAH SECARA PERCUMA
Namun, anda digalakkan menyumbang kepada Tabung Kebajikan Pesakit HPUPM seikhlas hati.
TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HPUPM
BANK ISLAM
No.Akaun:14014010156683
Catatan: KEBAJIKAN
2) Alamat Emel
3) Alamat Tempat Tinggal
5) Pilihan Sesi (Sesi Bersemuka @ Sesi Atas Talian)
6) Tarikh & Masa Yang Sesuai Untuk Sesi Dijalankan
Bagi tujuan sesi bersemuka, pihak tuan/puan diminta untuk mematuhi peraturan dan SOP Covid-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan dan memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:
Tidak mempunyai kaitan dengan kes positif dalam tempoh 14 hari
Bukan dalam kategori PUI/PUS
Tidak bergejala dan sihat dalam tempoh 14 hari
Tiada mempunyai kontak rapat (tinggal serumah) dengan mereka yang sedang menjalani kuarantin/ sedang menunggu keputusan swab/sedang tunggu giliran untuk swab
Ini adalah salah satu langkah pencegahan bagi mengekang penularan jangkitan COVID19
Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline kami di 03-9769 9723 / 9720 / 9719
Sekian, terima kasih.
Date of Input: 30/03/2022 |
Updated: 30/03/2022 | amirahhani
MEDIA SHARING