Perkhidmatan Eksekutif (PE) merupakan perkhidmatan yang mempunyai kelebihan dalam manfaat penjagaan kesihatan dan meningkatkan keselesaan mengikut pilihan sendiri. Pesakit yang memilih perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran bagi setiap rawatan atau prosedur yang dijalankan di HSAAS.
PENDAFTARAN
Pesakit boleh mendapat rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau mana-mana perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Perkhidmatan Eksekutif dan seterusnya berdaftar sebagai pesakit luar atau pesakit dalam.
Antara dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran
Kad Pengenalan/Surat beranak/Visa/Pasport
Surat jaminan (GL) syarikat atau insuran yang menyatakan kelayakan untuk mendapatkan khidmat ini.
Deposit (Sekiranya berkaitan)
Surat rujukan/ Kad Temujanji (Sekiranya berkaitan)
PERKHIDMATAN YG DITAWARKAN
Perkhidmatan ini merangkumi:
Rawatan Luar
Rawatan Dalam
Rawatan Harian
FAEDAH KEPADA PESAKIT
Kelebihan untuk memilih Doktor Pakar
Menikmati kemudahan rawatan eksekutif
Perkhidmatan yang pantas tanpa menunggu lebih lama mengikut kesesuaian kepada waktu pesakit (terma dan syarat).
Pilihan menu diet untuk pesakit
SYARAT UNTUK MENJADI PESAKIT PERKHIDMATAN EKSEKUTIF
Semua pesakit yang memilih Perkhidmatan Eksekutif Bersetuju untuk membayar semua caj perubatan hospital dan menandatangani Borang Persetujuan.