Perasmian Program 'World Occupatinal Therapy Day'
HSAAS, 27 Oktober 2023 - Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) telah menjalankan program ‘World Occupational Therapy Day’ bertempat di Lobi Utama HSAAS.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria, Timbalan Pengarah (Klinikal) HSAAS. Turut bersama Puan Alexandra Chong Ching, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Rehabilitasi Daehan dan Encik S. Karunagaran Suppiah, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Hospital Daehan.
Booth Pameran
Program bertujuan untuk menerangkan berkaitan terapi carakerja yang dilaksanakan dalam proses pemulihan melalui booth pameran yang melibatkan diagnosis pesakit seperti ‘hand’, ‘medical neuro’, geriatrik, pediatrik dan psikiatrik. Selain itu, turut disediakan booth pameran daripada Hospital Daehan serta Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Cabutan bertuah turut dilaksanakan bagi memeriahkan aktiviti sepanjang program ini berlangsung.
Ahli Jawatankuasa Program bersama Pegawai Hospital Daehan
Date of Input: 31/10/2023 |
Updated: 09/11/2023 | khairun
MEDIA SHARING