15 Februari 2024 - Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) telah menerima kunjungan daripada Hospital Pengajar dan Pusat Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (HPUNIMAS). Lawatan dan sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Fairuz binti Muchtar, Timbalan Pendaftar HSAAS.
(LAWATAN & SESI PERBINCANGAN BERSAMA HOSPITAL PENGAJAR DAN PUSAT PERUBATAN UNIMAS (HPUNIMAS) DAN HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS))
Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan perkongsian pengalaman dalam sistem pengurusan Fasiliti, Kejuruteraan dan Penyeliaan HSAAS. Delegasi turut dibawa melawat ke beberapa lokasi dan fasiliti di sekitar HSAAS UPM.
(LAWATAN OLEH PIHAK HPUNIMAS DI BEBERAPA LOKASI DAN FASILITI SEKITAR HSAAS UPM)
Turut hadir bersama, wakil dari Unit Fasiliti, En. Wong Kah Jun & En. Muhammad Zuhairi Zainul Abidin serta wakil dari Unit Kejuruteraan dan Unit Penyeliaan Hospital. HPUNIMAS yang diwakili oleh Prof. Dr. Ahmad Tirmizi Jobli, Timbalan Pengarah Klinikal dan Sokongan Klinikal dan juga Ir. Dr. Muhammad Syukri Imran Abdullah, Ketua Unit Fasiliti.
Tarikh Input: 15/02/2024 | Kemaskini: 19/02/2024 | zulaikhazaharudin
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA