**Artikel ini diterbitkan di dalam Bahasa Melayu dan tiada terjemahan di dalam Bahasa Inggeris** **Artikel ini telah diterbitkan di astroawani.com pada 15 November 2020.** |
PKPB bergantung sepenuhnya kepada tahap kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan. - Gambar fail/BERNAMA |
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Lembah Klang sepatutnya boleh menurunkan kes jangkitan COVID-19.
Namun, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berpendapat, situasi berbeza yang berlaku ketika ini berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak mengambil serius arahan berkenaan.
"Ramai yang tidak sedar, PKPB bergantung sepenuhnya kepada tahap kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan.
"Kalau kita semua beri komitmen sepenuhnya, mungkin tempoh PKPB boleh dipendekkan. Tetapi yang kita nampak hari ini, ada yang ambil ringan PKPB, (seolah-olah) nak ikut boleh, tak nak ikut pun tak mengapa," kata Dr Malina semasa ditemu bual dalam program Buletin AWANI
Tambahnya, tahap kepatuhan orang ramai adalah cabaran paling besar yang perlu ditangani oleh petugas barisan hadapan kini.
"Apabila ada yang bergerak ke sana sini, perkara ini menyukarkan petugas hadapan menjalankan pengesanan.
"Cabaran utama kita hari ini ialah penerimaan dan respon masyarakat terhadap PKPB. Ini tanggungjawab kita bersama dalam masyarakat tetapi ada dalam kalangan kita yang hidup bermasyarakat tetapi tidak rasa tindakannya ada kesan kepada masyarakat," katanya lagi.
|
Tarikh Input: 30/11/2020 | Kemaskini: 02/12/2020 | amirahhani
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA